AV8 8X8 adalah sebuah kereta perisai bertayar 8 bijik tayar yang berupaya membawa sehingga 10 anggota tentera. Rekaan asal adalah daripada AS lalu diberi lesen pengeluaran kepada FNSS untuk mengeluarkan APC ini. Ada macam-macam versi, 4X4, 6X6, 8X8 dan juga 10X10. Sehubungan dengan hasrat nak menggantikan RADPANZER CONDOR 4X4 dan SIBMAS 6X6 yang sudah semakin berusia dan memerlukan penggantian, maka setelah pelbagai ujian terhadap pelbagai jenis kereta perisai akhirnya AV8 diumumkan sebagai pemenang.
Sehubungan dengan itu kos sebanyak RM8,000,000,000.00 telah diperuntukan untuk menghasilkan APC ini tetapi dengan syarat ianya dihasilkan didalam negara, menggunakan design kita sendiri, teknologi kita sendiri, tenaga tempatan anak-anak muda kita sendiri dan sebagainya termasuk kilang, TOT dan lain-lain lagi. Jadi RM8,000,000,000.00 tu adalah merangkumi semua sekali dari A sampai la ke Z.
Balik kepada cerita pokok pangkalnya, setelah Mindef bersetuju nak dapatkan kereta perisai ni maka timbullah berbagai-bagai jenis cerita. Terutamanya dari puak-puak berhaluan kiri ni. Best je diorang dok ngentam itu tak betul, ini tak betul, mahal la, tak perlulah. Korang pernah naik CONDOR atau SIBMAS? tak pun si FERRET tu? Tahu tak betapa seksanya geng2 askar tu duduk dalam kereta old-school tu dengan seat besinya, panas lagi. Korang sedap2 dok kutuk macam2.
Lepas tu mulalah keluar macam-macam cerita tak kira dari media bercetak dan media berblog. Pun modal yang sama. RM8,000,000,000.00 tu dibahagikan dengan 257 bijik AV8 PARS. Kepala hotak kau... memang la mahal kalau dibahagikan macam tu wok! korang tak kira ke kos-kos lain? buat bangunan, ToT, kos pekerja, kemudahan asas, itu ini begitu begini. Ingat pakai daun buat bayar semua tu? Bukan zaman batu ni bai. Ngkorang masuk tandas pun kena bayar 30sen dah sekarang ni.
Nak dijadikan cerita, bagi melampiaskan ketidakpuasan hati diorang macam-macam la cerita diorang reka, siap ada gambar lagi. Tapi yang menghairankan aku apasal diorang ni nak terbitkan sesebuah artikel tu tak periksa samada apa yang diorang tulis tu betul atau tidak. Contohnya...

Aku ambik artikel ni dari paper bapak yang dia selalu baca ( dia pun jenis bulan mengambang jugak ). Aku ambik pun sebab aku tertarik tengok satu gambar tu, yang kat atas tu. Kalau nak tahu kereta perisai ni bukannya AV8 buatan Turki tapi PARaS buatan Kajang. Hasil rekaan ghodong2 aku, si Gundu sama si Sadin. tak percaya? klik link ni
PARaS 8X8Sama tak gambar kereta perisai tu dengan yang dalam paper tu? Maknanya paper tabloid ni tak edit atau periksa kesahihan artikel atau gambar yang diorang nak terbitkan lalu pakai cetak ikut dan sukahati diorang tanpa mengetahui ada orang yang dok gelak kat belakang bantai suka tengok kedunguan yang cuba dicerdikkan. Lepas tu adala lagi 2 3 blog yang gunakan gambar yang sama dengan gambar ni dan buat cerita yang sama macam dalam paper tu. Ibarat macam copy paste jelah. Pun kena bantai gelak jugak atas kedunguan yang cuba dicerdikkan.
Buat pengetahuan pengamal-pengamal media dan juga para bloggers yang bercerita tentang AV8 ni, gambar yang korang pos tu gambar photoshop, dah edit, dah di"pimp my ride"kan. Korang pakai ikut dan je nak pos dan terbitkan suruh orang baca apa yang korang nak sampaikan. Lain kali... selidik dulu, jangan main hantam-kromo sesuka hati nak buat cerita. Kan dah kena gelak.
so... Pengajarannya adalah, kalau kita mengajar dan mendidik seseorang tu biarlah apa sahaja bahan yang nak kita sampaikan tu adalah sahih dan benar semata-mata. janganlah buat cerita yang beda'ah, menipu orang, mengelirukan orang dan sebagainya. Sebabnya ia boleh menjadi satu fitnah dan dosa fitnah tu adalah lebih teruk dari dosa membunuh orang.
Sekian, wassalam.













